:
Pembangunan%20Tambahan


Kelicinan operasi secara kos efektif adalah penting terutama sebuah sekolah swasta seperti MTAZ. Penambahan pelajar dari bilangan sedia ada kepada satu jumlah pelajar yang sesuai bagi melestarikan suasana dan keseimbangan kos pengurusan adalah wajar dan sentiasa difikirkan oleh pihak pengurusan MTAZ.

Justeru menjadi hasrat kepada pihak pengurusan MTAZ untuk meneruskan beberapa pembangunan prasarana namun kekangan dana menjadikan usaha ini terhenti buat seketika. Tapak untuk mmendirikan 4 lagi asrama berkonsep sama seperti yang telah didirikan masih menunggu dana untuk disudahkan dengan sebaiknya. Sebuah daripadanya telah siap ppada tahun 2013.

Apabila berlaku pertambahan pelajar keperluan bilik kelas juga perlu difikirkan bagi memberikan keselesaan kepada suasana pembelajaran disamping tanggunan kos pertambahan kakitangan dan pengurusan yang semestinya akan meningkat.Alhamdulillah bilik kelas yang agak selesa telah dapat disediakan dan sedang digunakan cuma dana pengurusan memerlukan suntikan berterusan daripada semua pihak bagi memastikan program berjalan lancar.

Hasrat MTAZ untuk memberikan sedikit kelegaan kepada kakitangan dengan berusaha menyediakan rumah-rumah guru di tapak yang telah sedia ada telah berjaya Penghujung 2013 kerja membina 6 unit rumah guru telah dimulakan walaupun dana tidak mencukupi projek tersebut dapat disiapkan sepenuhnya pada Disember 2014 walaupun bayaran kos pembinaan belum dapat dijelaskan sepenuhnya. Alhamdulillah penghujung Jun 2015 satu lagi usaha penambahbaikan dijalankan dengan bermulanya kerja kerja menaiktaraf musolla,pejabat dan bilik mesyuarat serta 2 kelas tambahan dan kini kerja kerja sedang dijalankan dan kekangan kos menjadikan perjalanan agak kurang lancar.

Kekangan kewangan tidak membantutkan usaha menyiapkan projek ini dengan mendahulukan kewangan menerusi tabung pendidikan bagi mempastikan projek berjalan terus.Alhamdulillah Disember 2015 siap sepenuhnya dan usaha mencari sumber kewangan bagi membayar balik tabung pendidikan sekolah terus diusahakan.