:
Sistem%20Pendidikan%20di%20MTAZ


Pendidikan di MTAZ adalah berbentuk integrasi berteraskan Al quran dan berasrama penuh. Penekanan kepada Al quran dengan tidak meminggirkan pendidikan arus perdana adalah konsep yang diketengahkan oleh MTAZ. Semua pelajar diwajibkan mengikuti kelas Diniyyah yang perperantaraan Bahasa Arab serta beberapa matapelajaran Akademik sebagai pendedahan pada peringkat awal seterusnya menduduki SPM sebagai laluan untuk ke IPTA/IPTS.

MTAZ juga tidak meminggirkan keampuhan ko kurikulum bagi membentuk pelajar yang berdaya saing dan berketerampilan. Aktiviti ko kurikulum diwajibkan kepada seluruh pelajar berdasarkan cenderung dan minat dan diaturkan secara terancang.

Para pelajar juga secara lansung terlibat dengan pendidikan dan pertarbiahan yang berterusan dari segi pembentukan sakhsiyah dan rohani. Pendekatan melalui ibadah yang tersusun dan aktiviti kerohanian seperti solat jamaah dan usrah serta program-program berkala yang diatur akan melahirkan pelajar yang teguh pendirian dan berwibawa sebagai seorang musllimah dan memberi impak kepada masyarakat kelak.