https://my02.awfatech.com/mtaz/content/news/newsf1_Root_1583130284.png

PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

MAAHAD TAHFIZ AZ ZAHRAH TELAH MENYAHUT SERUAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR UNTUK MEREALISASIKAN PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT : LET'S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES YANG MELIBATKAN SELURUH PERINGKAT DI DALAM NEGERI SELANGOR. PROGRAM YANG DIANJURKAN OLEH PERPUSTAKAAN AWAM SHAH ALAM (PPAS) INI MERUPAKAN ANJURAN KALI KE-4 DAN DIADAKAN SERENTAK DI SELURUH MALAYSIA.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mtaz/content/news/newsf1_Root_1583130182.png

MAJLIS KHATAM MTAZ

MTAZ TELAH MENGADAKAN JALINAN UKHUWAH AIDILFITRI 1438H PERINGKAT SEKOLAH. SAMBUTAN INI DISERTAI OLEH SEMUA GURU, KAKITANGAN SEKOLAH DAN MURID-MURID SERTA JEMPUTAN KHAS IAITU PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA MTAZ IAITU HAJAH NORALAYANI BINTI OTHMAN, PENGERUSI LEMBAGA PENGELOLA IAITU TUAN HAJI KARIM BIN TAIB SERTA ISTERI HAJAH JASMIN BINTI BABA. ANTARA JEMPUTAN LAIN YANG DIJEMPUT TERMASUK JUGA BOMBA, POLIS, IBU BAPA PELAJAR, ALUMNI, DAN PENDUDUK SETEMPAT BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS. DIANGGARKAN SERAMAI 1000 ORANG YANG HADIR PADA HARI TERSEBUT.

ANTARA MENU YANG DISEDIAKAN PADA HARI TERSEBUT IALAH KETUPAT PALAS, BAKSO, NASI DAGING, LEMANG, RENDANG DAN SEBAGAINYA. SEMUA GURU, STAF DAN PELAJAR BERGOTONG-ROYONG BAGI MENYEDIAKAN MAKANAN DAN TEMPAT SUPAYA SAMBUTAN INI BERJALAN DENGAN LANCAR. SAMBUTAN INI JUGA MERUPAKAN AKTIVITI TAHUNAN YANG DIADAKAN DI MTAZ.

LAGI
https://my02.awfatech.com/mtaz/content/news/newsf1_Root_1583130046.jpg

FAMILY DAY MTAZ

ALHAMDULILLAH, PADA 1 HINGGA 2 JULAI 2017 IAITU SABTU DAN AHAD YANG LALU, MTAZ TELAH MENGADAKAN FAMILY DAY MTAZ KHUSUS UNTUK GURU DAN STAF MTAZ. PROGRAM INI DIADAKAN DI PULAU LINGGI, MELAKA SELAMA 2 HARI 1 MALAM.IA MENGAMBIL MASA 2 JAM PERJALANAN DARI MTAZ KE DESTINASI TERSEBUT. GURU-GURU DAN STAF TELAH MENGORBANKAN MASA CUTI HARI RAYA UNTUK MEMENUHI PROGRAM INI, NAMUN IANYA AMAT BERBALOI KERANA DENGAN ADANYA PROGRAM INI MEREKA DAPAT MENGERATKAN UKHUWWAH DAN SILATURAHIM KAKITANGAN SERTA AHLI KELUARGA MASING-MASING. SELAINITU, DAPAT MEWUJUDKAN PERSEFAHAMAN DAN SEMANGAT KERJA SECARA KOLEKTIF DI KALANGAN KAKITANGAN MTAZ. TERDAPAT PELBAGAI AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN ANTARANYA IALAH MEMBUAT ISTANA PASIR, MANDI PANTAI DAN SEBAGAINYA.

LAGI

Page 5 of 5