PEMBANGUNAN MTAZ mula beroperasi hanya bertempat di sebuah banglo pada asalnya. Para pelajar tidur ,belajar dan menjalankan segala aktiviti di tempat yang sama. Suasana ini secara tidak lansung sedikit mengganggu tumpuan melaksanakan objektik MTAZ secara total. Usaha konsisten dilakukan oleh pihak Lembaga MTAZ khasnya dan semua warga MTAZ termasuk ibubapa bagi menjayakan pembangunan di MTAZ. Pada asalnya hasrat untuk mendirikan blok 3 tingkat menempatkan kompleks pendidikkan MTAZ dicadangkan. Kekangan kewangan menjadikan impian ini sukar dilaksanakan dan dalam masa yang sama tuntutan untuk menjayakan misi dan visi MTAZ tak pernah luntur apatahlagi kemasukan pelajar yang semakin mendapat sambutan saban tahun. Berkat kesabaran dan sumbangan tenaga dan dana dari banyak pihak Usaha pembangunan dimulakan dan kerja-kerja membersihkan tanah untuk mendirikan asrama (berkonsepkan chalet) dan sebuah musalla pada pertengahan Mei 2006. Kerja-kerja menyiapkan asrama dimulakan bermula Februari 2007 dan siap sepenuhnya untuk menampung 60 pelajar pada Januari 2008 begitu juga musolla yang mula dibangunkan pada Mei 2007 telah siap sepenuhnya dan dapat menampung 300 jemaah dalam satu masa. Untuk melengkapkan kemudahan, sebuah dewan dalam konsep sederhana berjaya didirikan dengan kos secara ekonomi. Para pelajar menggunakan untuk makan dan menjalankan aktiviti aktivi dewan yang berkaitan. |